sweet

Saturday, 20 December 2014

jangan terlalu ikut perasaan

 

Apa yang dimaksudkan dengan marah? Dalam erti kata lain adalah gangguan emosi betul? 

Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut al-Ghazaliyy ibarat api dalam sekam. Kita tahu ianya merupakan salah satu aspek negatif namun Islam ada pandangan khusus tentang elemen marah ni. 
Kamus Dewan pula menakrifkan bahawa marah ialah berasa panas hati (kerana ditipu, dihina and so on), berang, gusar dan murka. Perkataan murka dalam kebudayaan Melayu kebiasannya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan Sultan.  

Dalam bahasa arab pula, Ghadab, merupakan sifat lawan bagi reda. Ibnu Qayyim menakrifkan marah adalah kehilangan pertimbangan akal (seolah-olah) seperti keadaan serigala mahu membunuh kambing.

Apabila kita terlampau ikutkan hati lain jadi, apabila kita marah syaitan pun tepuk tangan? betulkah? tetapi banyak ayat Al-Quran dan  hadith  menyentuh tentang penyakit marah. Islam memandang berat tentang perkara ini. 

  •       Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang-orang yang menafqahkan (hartanya), baik diwaktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [QS. Ali ‘Imran : 133 – 134] 

  •       Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Sesungguhnya ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW, “Nasehatilah saya, ya Rasulullah”. Rasulullah SAW bersabda, “Jangan marah”. Orang itu mengulanginya beberapa kali. Nabi SAW bersabda, “Jangan marah”. [HR. Bukhari juz 7, hal. 99Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang kuat itu bukanlah orang yang kuat dalam bergulat, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang bisa menahan dirinya ketika marah”. [HR. Bukhari juz 7, hal 99/Muslim juz 4, hal. 2014]

  •  Dari Abu Darda’, ia berkata : Ada seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepada saya atas suatu amal yang bisa memasukkan saya ke surga”. Rasulullah SAW bersabda, “Jangan marah, maka bagimu surga”. [HR. Thabarani dalam Al-Ausath no 2353]

  •    Dari Sa’id bin Musayyab, bahwasanya ia berkata, “Pernah suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama shahabat-shahabatnya, lalu ada seorang laki-laki yang mencaci dan menyakiti Abu Bakar, tetapi Abu Bakar diam saja. Kemudian ia menyakitinya yang kedua kali, tetapi Abu Bakar masih diam saja. Lalu ia menyakitinya yang ketiga kali, lalu Abu Bakar membalasnya. Maka Rasulullah SAW berdiri ketika Abu Bakar membalasnya, lalu Abu Bakar bertanya, “Apakah engkau marah kepadaku, ya Rasulullah ?”. Rasulullah SAW bersabda, “Tadi malaikat turun dari langit seraya mendustakan apa yang ia katakan terhadapmu, tetapi setelah engkau membalasnya, syaithan lalu duduk di situ, maka tidaklah pantas aku duduk karena syaithan duduk di situ”. [HR. Abu Dawud juz 4, hal. 274, no. 4896]

  •        Dari Sulaiman bin Shurad, ia berkata : Ada dua orang saling mencaci di sisi Nabi SAW. Lalu salah seorang diantara keduanya menjadi marah, dan merah mukanya. Kemudian Nabi SAW melihat kepada orang itu dan bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui suatu kalimat seandainya ia mau mengucapkannya pastilah hilang marah itu darinya, kalimat itu ialah : A’uudzu billaahi minasy-syaithoonir rojiim (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk)”. Maka berdirilah seorang laki-laki diantara orang yang mendengar sabda Nabi SAW tersebut menghampiri orang yang marah itu dan berkata, “Tahukah kamu apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW tadi ?”. Beliau bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui suatu kalimat seandainya ia mau mengucapkannya pastilah hilang marah itu darinya. Kalimat itu ialah : A’uudzu billaahi minasy-syaithoonir rojiim”. Lalu orang yang marah itu berkata, “Apakah engkau menganggap aku ini gila ?”. [HR. Muslim juz 4, hal. 2015]

Cara bendung sifat marah
Niat yang ikhlas
 
Ikhlaskan diri. Sedar akan mengapa kita perlu kawal kemarahan. Ia adalah tuntutan agama dan banyak akibat buruk akan terjadi jika tidak mengawal sifat marah.  
Sabar 
Kena banyakkan bersabar. Dengan sabar hati akan menjadi tenang. Ingat ganjaran orang yang bersabar yang telah dijanjikan oleh Allah untuk motivasi diri: Firman Allah dalam surah Hud ayat 11:
kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. 
 Sifat pemaaf 
Didik diri menjadi seorang yang pemaaf. Dengan sifat pemaaf yang tinggi pasti marah akan berkurangan. Dengan memaafkan orang lain, kita tidak menyimpan dendam. Ini akan menyukarkan syaitan meniupkan benih marah dan dendam di dalam diri kita. Cuba amalkan apa yang Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah syorkan di dalam ceramah-ceramahnya iaitu maafkan semua orang sebelum tidur. Amalkan.. InsyaAllah diri anda lebih tenang dek kerana kurang sifat marah dalan dendam. 
 Faham konsep gagal mengawal kemarahan tanda kelemahan diri Kemarahan melampau bukanlah lambang kekuatan ataupun kegagahan.Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Gagal mengawal kemarahan adalah kelemahan pada diri seseorang. Ini adalah kerana dengan membiarkan dirinya dikuasai kemarahan, dia sebenarnya gagal membendung diri dari bisikan syaitan. 
 Tawaddu’ 
Merendah diri. Apabila ada sifat merendah diri maka hilanglah sikap bermegah-megah. Orang yang merendah diri tiada apa yang hendak dia menangkan. Oleh itu sifat marah akan terhindar.  
Istighfar dan banyakkan amal soleh 
Banyakkan beristighfar, insyaAllah kurang sifat marah.
Banyakkan juga amal soleh terutama solat kerana solat itu merawat jiwa dan mencegah kemungkaran. Banyakkan juga membaca AlQuran dan berzikir. Dengan berzikir mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


6 Cara Kawal Diri Ketika Sedang Marah
1- Membaca taawuz
Dalam satu hadis diriwayatkan, terdapat dua lelaki sedang bertengkar di hadapan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripadanya naik berang sampai merah mukanya, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada padanya (kemarahan) sekiranya, dia berkata; a’udzubillahi minasy syaiton nirrajim (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Tarmidzi)
Makna kalimah itu sendiri ialah kita meminta perlindungan daripada Allah daripada syaitan yang direjam. Syaitan biasanya akan lari apabila kita membaca ayat ini.
2. Mengubah posisi
Jika ketika kita sedang marah kita dalam keadaan berdiri, maka hendaklah kita duduk. Jika belum juga reda, baring supaya dapat melegakan sikit emosi. Menurut Imam al-Ghazaliyy posisi diubah sedemikian kerana untuk mendekatkan jarak ke bumi , diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi, tambahan pula manusia ni diciptakan dari tanah.
Daripada Abu Dzar berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami: Apabila seorang diantara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri,maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akan hilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak,maka (hendaklah) dia berbaring.(Hadith riwayat AbuDawud dan Ahmad)
3. Berwudhu’ dan mandi
Salah satu punca kemarahan daripada hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang dapat memadam api.
Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api bolehdipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripadakamu marah berwudhuklah.(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad danTabrani)
Imam al-Ghazzali dalam Ihya’ juga meriwayatkan marah ibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendung kemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003)
4. Diam
…dan hendaklah apabila seorang dari kamu merasa marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Ahmad)
5. Ingat kepada Allah
..ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa…(al-Kahfi 18: 24)
Ikrimah berkata maksud jika Engkau lupa adalah jika engkau marah. (al-Mawardi, Ali bin Muhammad, al-Imam, 1985)
6. Bersederhana
Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek,termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzali juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah.


No comments:

Post a Comment