sweet

Friday, 19 December 2014

Mutiara Kata Imam Hasan Al-Basri

“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Imam Hasan Al-Basri adalah salah seorang daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.
Beliau pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; “Ya Allah, jadikanlah Dia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya”.
Imam Hasan Al-Basri menduduki Iraq iaitu di kota Basrah disanalah berkembangnya ilmu fiqh yang hebat. Kata-katanya sering dijadikan teladan ummat yang terkemudian, diantaranya:
Mutiara Kata Pertama.
‘Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebahagian dari diri kalian pun ikut pergi’.
Memahami kata-kata ini, kita yakin dan sedar kepentingan masa yang terlalu singkat dan bermakna, samalah satu kata hikmah mutiara dari imam hassan al-banna, kewajiban adalah lebih banyak daripada masa.
Masa samalah seperti hari yang bakal kita lalui esok, lusa, minggu depan dan tahun depan dan seterusnya, mungkin sebelum ini ada yang belum berkahwin, rupa-rupanya sekarang mereka sudah melaluinya, mungkin pada masa ini kita jarang menunaikan ibadah dengan khusyu’ rupa-rupanya nanti kitalah orang yang paling menyesal di saat ajal makin hampir. Muhasabah, muhasabahlah.
Awaslah kita dengan kecurian, terutama kecurian masa!
Tertarik dengan kata-kata dari Ustaz Khairul Anuar Reduan Calon Phd Ilmu Hadis Universiti Wise Jordan iaitu, mahu melihat seorang pemuda yang hebat, lihatlah pada waktu beliau menjaga waktu solatnya, kalau dijaga waktu solatnya, jangan diabaikan bersahabat dengannya, kerana masa kita pasti terjaga.
Solat..solat..solat, teman-teman intabih (ingat)lah! Jagalah solat kita, masa kita sering berubah, namun solat bukan alasan untuk ditinggal, bukan kerana kita punyai 4 musim yang Allah ciptakan, musim panas, salji, luruh, dan bunga..lihat saja contoh dalam satu mazhab yang lain iaitu Imam abu hanifah[mazhab hanafi] begitu menekankan solat berjemaah sehinggakan pandangan ulama’ menyatakan jika hujan turun hendaklah dijamakkan solat yang empat rakaat, iaitulah zuhur dan asar, maghrib dan isya’.
Ambillah kebaikan itu dari satu sudut, mereka tidak mengabaikan waktu berjemaah di Masjid, subhanallah, inilah yang para pemuda wajib contohinya.
Solat berjemaah menyatukan mukmin dan mukminat.
Solat berjemaah menjadikan hati kita lebih khusyu’ untuk menghadap Allah SWT.
Solat berjemaah menguatkan kesatuan Ummat Islam yang digeruni musuh-musuh Islam.
Kehidupan yang baik dillihat pada diri seorang insan yang mampu menjaga Solat Jemaahnya.
Mutiara Kata Kedua.
‘Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.’
Mendalami kata-kata ini, membuatkan perasaan kita menjadi gerun, bahkan kalaulah diambilberat dengan kalam mutiara ini, ummat Islam paling meruncing tahap kesibukannya, mengalahkan raja atau perdana menteri pun ada!
Walhal Allah Subhanahu Wa Ta’ala menetapkan setiap manusia agar sering beribadah kepadaNya, buatlah apa jua kerja yang penting ada nilai Ibadah disisiNya, terutama apa yang dilakukannya itu kerja-kerja perjuangan, dari sekecil-kecil hal hinggalah Islam mencapai kesyumulannya ia adalah Ibadah disisiNya.
Bagi kita penuntut Ilmu Agama Allah, lagilah perlu menyibukkan diri dengan memahami Ilmu-ilmu yang terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia ini, bahkan lebih dari itu, tak cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama’ tapi kita yang sibuk dengan urusan yang melalaikan diri. Usah kita menyesal di kemudian hari.
Teruskan berjuang wahai penuntut Ilmu Agama Allah. We can do its!
Mutiara Kata Ketiga.
‘Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan kerana Allah maka ia menghalangnya.’
Tiba-tiba, teringat kejadian di China, Foshan, Wilayah Guandong, berikutan kemalangan tragis yang melibatkan kanak-kanak kecil.
Yang akhirnya meletakkan nilai moral pada ummat manusia, manakala Islam ajarkan Akhlak Mulia, namun tiada bagi agama lainnya. Maka moral juga yang membimbing bukan Islam. Kalau moral baik dilakukan suatu tempat itu maka baiklah masyarakat disitu.
‘yue-yue yang digilis oleh dua kenderaan dipandu manusia yang takutkan undung-undang ciptaan manusia.’
Insiden berkenaan menyaksikan kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun itu dilanggar dua kali oleh dua van berlainan di sebuah jalan raya. Kanak-kanak itu yang berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan, tidak langsung dibantu oleh lebih 10 orang yang lalu lalang di jalan yang sempit itu.
Pemandu van putih yang pertama melanggar kanak-kanak itu meninggalkan mangsa kecilnya itu berlumuran darah di tepi jalan. Kira-kira enam minit kemudian, lebih 10 orang lalu di jalan itu dan tidak seorang pun melakukan apa-apa untuk membantunya.
Kanak-kanak itu kemudian digelek oleh sebuah van lagi dan hanya selepas itu seorang wanita tua yang mengutip sampah membantu mangsa. Wanita tua itu memberitahu ibu kanak-kanak itu mengenai nasib malang anaknya.
Sedih melihat moral manusia yang rendah, terkadang lebih hina dari haiwan, sehingga sekarang doktor mengesahkan kanak-kanak itu koma dan ‘mati otak’ dan sedia menerima kematian bila-bila masa.
Ironinya Ummat Islam melakukan sesuatu perkara dengan niatnya, maka dengan niat itulah memandu perbuatannya, Islam memberi jalan supaya ummatnya berfikir sebelum melakukan sesuatu amalan. Hebat aturan Allah.
Mutiara Kata Keempat.
‘Jangan pula kamu merasa tenteram dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak.’
Manusia yang hidup melata diatas muka bumi Allah ini, melakukan pelbagai perbuatan, termasuklah makan, minum, perkahwinan, jual-beli, perniagaan, ibadah seharian.
Disamping disana terdapat makhluk Allah yang melakukan kezaliman yang nyata, menindas golongan miskin, merampas harta, merebut kekayaan, rasuah yang berleluasa, pemimpin yang zalim. Dan akhirnya Allah tunjukkan pengakhiran golongan yang zalim itu. Dua pilihan samaada di dunia lagi mendapat kecelakaan waimma di akhirat sama mendapat azab seksaanNya juga.
Firman Allah Ta’ala:
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
[surah al-an'aam ayat 54]
Dengan menangguhkan balasan hukuman, Allah memberi masa kepada mereka untuk memohon ampun dan bertaubat. Walau sebesar manapun dosa yang dilakukan, seseorang itu akan diberi peluang untuk dimaafkan jika dia bertaubat dan memperbaiki diri dan akhlak yang mulia.
Hakikatnya jangan pula kita merasa selesa dengan dosa yang dilakukan, kerana dosa atau maksiat yang dilakukan itu akan kekal selamanya, terutama mereka yang menjadi pemimpin pada ummat, jika dosa yang dilakukan pada rakyatnya maka tanggungannya hattalah selesai hari perhitungan/yaumul hisab di hari akhirat.
Pemimpin juga ditanya Allah di hari akhirat, tentang kepimpinannya pada rakyat dibawah tanggungannya.
Mutiara kata kelima
‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur’an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur’an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan.’
Allah SWT yang menciptakan dan menentukan semua perkara dan peristiwa; sebagaimana mereka bermula dan bagaimana mereka akan berakhir. BahawasaNya Allah SWT menentukan setiap pergerakkan bintang-bintang di langit, setiap keadaan benda hidup di bumi, cara seseorang akan hidup, apa yang dikatakan oleh seseorang, dan apa yang seseorang itu akan alami dan temui, dalam aturannya.
Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu, dalam firmanNya:
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuzh-pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
[surah al-hadid ayat 22]
Jadi kita mesti sedar dan insaf akan realiti ini, dan seharusnya tidak bertindak seperti orang-orag yang menafikannya. Apabila kita mempunyai kefahaman bahawa hidup ini adalah “mengikut qada’ dan qadar ketentuan Allah” maka nantinya mereka tidak akan merasa kecewa atau takut apabila berlaku apa-apa musibah atau ujian.
Yakinlah kita seperti Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam menyakinkan Saidina Abu Bakar As-siddiq radhiallahu anhu di dalam gua tempat mereka bersembunyi ketika peristiwa hijrah ke Madinah.
Mutiara Kata Keenam.
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”
Begitulah mutiara hikmah para Ulama’ terdahulu yang mesti kita simpan menguatkan bekalan kita menuju destinasi akhirat. Wawasan akhirat bukan wawasan 2020 lagi!
Alhamdulillah, semangat pemuda-pemudi yang ada dalam diri kita setakat ini tidak luntur lagi, mudah-mudahan bertambah istiqamah. Namun, satu peringatan buat sahabat-sahabat yang berjuang, ingatlah cabaran semasa yang datang cukup-cukup besar dan perlukan semangat tadhiyyah yang kukuh dan konkrit.
Ingin menegakkan kebenaran di zaman kini cukup-cukup memerlukan kekuatan, ironinya yang mempertahankan kebenaran dicantas habis, walaupun hujah mereka adalah sangat kukuh.
Diriwayatkan oleh Nu’man Bin Bashir Radhiallahu anhu; Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam:
“Perumpamaan orang yang melaksanakan ketetapan-ketetapan Allah dengan mereka yang berada di dalamnya adalah seperti satu kaum yang berkongsi sebuah kapal. Sebahagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagian yang lain berada di bahagian bawah. Mereka yang duduk di bahagian bawah apabila hendak mengambil air akan melalui mereka yang di bahagian atas kapal. Mereka pun berkata: Apa kata jika kita tebuk sahaja bahagian kita (bawah) untuk mengambil air maka kita tidak akan mengganggu mereka yang berada di bahagian atas. Jika mereka dibiarkan menurut kehendak mereka maka semuanya akan binasa. Sebaliknya jika ditegur dan dibimbing, maka mereka dan kesemua penumpang akan selamat”.(Riwayat al-Bukhari)
Dan akhirnya mereka yang melihat wawasan akhirat akan berjaya lagi di dunia bertambah memperoleh kejayaan di akhirat kelak.
Saya simpulkan kata-kata hikmah mutiara Imam Hasan Al-Basri ini dengan kisah yang bermutu mesti dihadami para pemuda-pemudi medan nafar ini:
Seorang pemuda mendatangi Imam Hasan al-Basri dan mengadukan masalah yang sedang ia hadapi kepadanya. Pemuda tersebut berkata, “Saya telah berusaha untuk bangun berjaga untuk solat malam, akan tetapi sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya.” Al-Hasan al-Basri menjawab, “Dosa-dosamu telah menghalangimu untuk melakukannya.”
Demikianlah, beberapa kalimat penuh hikmah, mutiara islam, dari salah seorang Ulama Tabi’in yang patut kita teladani. Semoga bermanfaat semua.

smile =)

“kawal rasa cinta itu. kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. maka apa persediaan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?  muka surat 148” 
― Hilal AsyrafSinergi


sekarang ramai remaja sedang hangat bercinta. Konon cinta mereka itu cinta sejati. Sampai ke jannah tapi kenapa perlu berpengangan tangan? bertemu pipi sama pipi? bertemu mulut sama mulut? itu adalah satu perkara yang normal? pengaruh dari budaya barat? kolot betul lah pemikiran kamu. Kalau betul lah cinta itu cinta sejati kenapa kamu tak benikah sahaja? sebab tak mahu bernikah adalah masih belajar? tak cukup duit? itu adalah alasan yang seing diucapkan oleh remaja betul kan? masa bercinta bukan manis bermadah tadi lepas bernikah lain pula jadi. betulkah? banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. 

apabila jatuh cinta

PANDU KE JALAN SELAMATAnda perlu faham bahawa jatuh cinta itu bukan suatu kesalahan. Jika ditakdirkan tiba-tiba anda terjatuh hati, atau terpikat, atau tersuka kepada seseorang yang mana sebelumnya perasaan tersebut langsung tidak ada, maka terima dan raikannya perasaan ataupun ‘suara jiwa’ anda terlebih dahulu.
Ini kerana ada golongan yang kelihatannya langsung tidak mahu bertolak ansur dengan suara jiwa mereka sendiri. Kata mereka itu suara Syaitan. Suara nafsu. Bukan suara Iman. Lantas mereka bersifat keras terhadap suara jiwa mereka sendiri, dan lebih malang apabila orang sekeliling mereka turut dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama.
Meraikan suara jiwa anda bukan bermakna membiarkan diri anda hanyut. Itu kena jelas.
Sebab itu saya bercakap soal panduan. Setiap masalah, ada penyelesaian. Setiap perkara, ada tempat duduknya. Soal hati dan perasaan juga begitu. Ada tempat duduknya sendiri. Justeru menafikan tempat duduknya adalah suatu bentuk kezaliman.
Raikan perasaan suka. Raikan perasaan minat. Raikan perasaan terpikat. Jangan kecam dan jangan salahkan diri sendiri. Ini step yang sangat penting ketika anda jatuh cinta.
Kemudian, setelah anda mampu meletakkan diri anda dalam konteks yang betul, stabil dan meraikan bahasa jiwa, maka barulah anda boleh ‘memandu’ fitrah tersebut ke jalan yang sepatutnya.

PANDUAN PERTAMA : HUBUNGAN DENGAN ALLAHIni paling penting. Saat jatuh hati dan terpikat itu, bagaimana sebenarnya hubungan anda dengan Allah? Solatnya bagaimana, zikirnya bagaimana, bacaan Al-Quran dan amalan sunat yang lain di tahap mana?
Ini kerana, suara hati yang selamat adalah suara hati yang paling teguh dan kukuh hubungannya dengan Allah. Di dalam hadith Nabi s.a.w menyebut bagaimana hati boleh menjadi hitam, gelap dan keras akibat daripada amalan dosa tanpa taubat.
Justeru hati yang seperti itu – semoga Allah jauhkan – bicaranya sangat bahaya. Bicaranya lebih condong ke arah kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Maka berhati-hati. Tatkala mahu mendengar suara hati tersebut, perbaiki dahulu perhubungan dengan Allah ta’ala.

PANDUAN KEDUA : IMAN ATAU NAFSUTanya kembali pada hati, apa yang membuatkan anda terpikat? Anda mungkin sukar untuk jujur dengan orang lain. Tapi anda secara hakikatnya boleh jujur dengan diri sendiri. Kalau faktor rupa paras atau bentuk tubuhnya sangat dominan di pertimbangan anda, besar kemungkinan anda akan berdepan dengan jatuh hati pada banyak lagi keadaan yang lain. Maknanya, hari ini terpikat dengan Timah, esok dengan Yati pula. Lusa nampaknya Ina lebih baik, dan sebagainya.
Tetapi jika faktor budi bahasanya, atau kecantikan akhlaknya yang mendominasi, anda lebih dekat dengan zon selamat. Tinggal lagi untuk mengawal dan mengemudi hati ke landasan yang sepatutnya.

PANDUAN KETIGA : MASUK SECARA TERHORMATDalam Islam, bab hubungan manusia sesama manusia adalah bab yang diperakui. Tidak ada mana-mana bahagian pun dalam Islam yang mencacatkan atau menidakkan soal hubungan manusia sesama manusia, sebaliknya sangat dititkberatkan dan disertakan pula dengan pelbagai panduan dan peraturan.
Maka untuk menyambut suara hati dan memandunya ke jalan selamat, cara terbaik adalah dengan ‘masuk’ secara terhormat. Masuklah ke dalam hidupnya dengan cara yang paling baik. Bukan melalui pintu belakang.
Rumah buruk macam mana sekalipun, kalau kita masuk ikut tingkap atau pintu dapur, tuan rumahnya tetap pasti merasa marah.

PANDUAN KEEMPAT : KETUK PINTU DENGAN ADABSebelum masuk ke rumah orang, terlebih dahulu ketuklah pintu dan berilah salam. Kita sebagai tetamu, kalau datang dengan cara baik, insyaAllah tuan rumah juga akan layan kita dengan cara yang baik.
Apa yang penting adalah kita lakukan dengan adab sebagai seorang muslim. Cara untuk ‘mengetuk pintu’ itu pelbagai. Samada sendiri atau menggunakan perantaraan seperti orang tengah dan sebagainya.

PANDUAN KELIMA : MENGENAL BESAR DAN LEBIH BESARKetika perasaan tersebut menyesak jiwa dan mengganggu hati kita, biasanya kita terdorong untuk menganggap bahawa itulah persoalan paling besar yang perlu diatasi. Dengan apa cara sekalipun, perasaan tersebut mesti tertunai dan si dia mesti dimiliki.
Sebab itu ada yang mengistilahkan ia sebagai soal ‘hidup dan mati’. Seolahnya, kalau tak dapat akan menderita hingga mati.
Islam ternyata lebih awal menyediakan solusi untuk kita. Islam mendidik kita supaya membezakan antara perkara besar dengan yang lebih besar. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda tentang takdir : Telah diangkat kalam dan telah keringlah dakwat.
Bermakna, semua perkara telah ada ketetapannya, termasuklah apa yang sedang kita usahakan. Justeru, melipatgandakan usaha dan ikhtiar itu tidak salah, cuma perlu dikawal supaya tidak ‘mencabar’ perkara yang lebih besar iaitu TAKDIR.
Paling cantik, mantapkan dahulu iman dan keyakinan dalam diri sebelum ‘mencabar’ diri untuk tampil ‘mengetuk pintu’.

PANDUAN KEENAM : BAHAGIA DAN TERSENYUMDalam melaksanakan beberapa panduan di atas, kita akan berdepan dengan beberapa natijah :
a) Dia yang kita suka pada awalnya, tetapi apabila diperhalusi rupanya kesukaan tersebut lebih diserabuti duniawi semata-mata, lalu kita kembali memperkasa cinta hakiki sebelum akhirnya menemui sejenis ketenangan padanya. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
b ) Dia yang kita suka, rupanya juga menyukai kita, dan jalan ke arah pernikahan begitu mudah pula. Akhirnya bersatu di alam rumahtangga. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
c ) Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia.
d ) Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.
Dalam apa keadaan sekalipun, kata kunci untuk tersenyum dan bahagia adalah REDHA. Justeru sangatlah penting untuk memegang panduan pertama yakni soal hubungan hati dengan Allah dalam menelusuri panduan-panduan seterusnya.
Yang penting, kita yakin bahawa setiap orang ada takdirnya masing-masing. Justeru mengapa tidak kita dan mereka berbahagia dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap daripada kita?

referents:  http://www.myilham.com/blog/2011/10/panduan-ketika-jatuh-cinta/