Friday, 14 November 2014

Nasihat sebelum memilih pemimpin mahasiswa/siwi

         Sekarang hampir kesemua universiti, kolej dan persatuan pelajar luar negara sedang sibuk dalam berkempen untuk memilih pemimpin bagi mewakili suara mereka ke peringkat atasan. Sebahagian institut telah pun melaksanakan tugas mereka dan sebahagian pula bakal atau sedang dalam proses pemilihan pemimpin mahasiswa/siswi. Eykal sendiri sedang memegang jawatan sebagai pemimpin mahasiswa akan melepaskan jawatan pada bulan 1 2015 ini untuk diserahkan kepada kepimpinan baru. Banyak pengalaman dan ilmu telah diperolehi selama memegang jawatan ini. Bagi mahasiswa yang bakal mengundi pemimpin mahasiswa/siswi, ada sedikit nasihat untuk diberikan kepada seluruh mahasiswa/siswi di seluruh dunia. Pastikan anda memilih dan melantik pemimpin yang berikan komitmen yang tinggi kepada organisasi dan mampu menjalankan dengan baik amanah dengan sebaiknya. Amanah yang bakal dipikul oleh pemimpin ini sanagt besar dan memerlukan komitmen yang tinggi. Pemimpin mahasiswa/siswi ini bukan sahaja perlu mengorbankan duit malah masa dan tenaga mereka bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Untuk pengetahuan semua, pihak pengurusan institut jarang sama sekali akan setuju dengan ideaologi yang dibawa oleh pemimpin mahasiswa/siswi ini maka mereka yang sedaya upaya mengagalkan usaha untuk menjadikan idea yang dibawa pemimpin mahasiswa/siswi. Ketika ini kita dapat melihat siapa pemimpin mahasiswa/siswi yang akan terus berusaha untuk melindungi hak-hak pelajar dan siapa yang akan hanya menjadi pak turut kepada pihak institut.Komitmen pemimpin mahasiswa/siswi ini bukan sahaja bagi melindungi hak pelajar tetapi menjayakan segala aspirasi pihak institut. Sebahagian institut membawa aspirasi kerajaan negeri dan negara yang perlu dilaksanakan. Sebagai pengundi pastikan kita pilih pemimpin yang sanggup berusaha bukan sahaja menyelesaikan masalah pelajar malah pihak institut agar nama institut kita dapat ke persada dunia. Jangan jadi seperti sebahagian pemimpin mahasiswa/siswi yang berusaha bukan sahaja memburukan nama institut mereka kepada masyarakat tetapi juga memburukkan nama negara. Pemimpin tersebut perlu atau wajib menjadi contoh yang baik untuk diteladani oleh pelajar yang lain dan bukan menunjukkan contoh yang buruk. Akhir bicara ini, sebagai mahasiswa/siswi samaada didalam atau di luar negara, kita perlulah pilih dan undi pemimpin mahasiswa/siswi yang dapat membawa bukan sahaja universiti malah negara ke persada dunia. Segala tingkah laku dan kata-kata dari mereka melambangkan institut yang mereka bawa ke mana-mana juga. Mereka mewakili suara mahasiswa/siswi maka pilih lah suara mahasiswa/siswi yang dapat membawa nama institut tersebut kemana-mana sahaja. Eykal memohon maaf andai tersalah bicara.